AhLAn wAsAhLAm wAmARhAbAn bikUm..

Kita tidak mampu melintasi hari-hari yang berlalu..Tapi kita harus menginsafinya kerana hari yang berlalu adalah titian untuk hari esok...

Friday, April 24, 2009

k0ngsi ILmU...

Emmm..aku ade stu benda yang amt berguna untuk di kongsi bersama..

salam adalah satu ibadah. sebagaimana kita menjaga ibadah kita 5 waktu sehari, begitu juga dengan pemberian salam. wajib kita menjaga ibadah kita. lagipun pemberian salam adalah hak eksklusif orang islam. hanya orang islam dan seakidah dengan kita sahaja yang boleh beri salam. apabila kita nak beri salam, katakan dengan betul dan jelas. bila ada orang beri kita salam, wajib kita jawab juga walaupun orang tu kita tak kenal dan entah sesiapa pun. hm... selalunya kaum wanita selalu kena usik dengan orang lelaki kan? contohnya : hai cik adik, assalamualaikum, tak jawab dosa tau!, ha, pernah kan? kalau macam tu pun, wajib kita jawab. nak jawab pun, tak boleh sekadar dalam hati, kita jawab kena bagi orang yang bagi salam tu dengar. tapi jangan la jawab dengan secara menggoda pulak, jawap dengan tegas dan terus berlalu pergi. kalau tak jawap memang berdosa pun. kena ingat, salam itu ibadah. orang yang tak menjaga ibadahnya, berdosa la. salam tak boleh main2. dalam kes ni, mulai dari sekarang orang lelaki tak boleh beri salam secara sebarangan tau, pemberian salam bukan perkara remeh. oleh itu, bila nak beri salam tengok keadaan orang tu dulu, jangan la beri salam dia tengah makan, pasal macam mana nak jawap kalau mulut penuh dengan makanan. ingat, wajib jawap salam. salam itu satu ibadah.

bila ada orang yang bukan seakidah dengan kita beri salam, kita wajib juga jawab. tapi jawab jangan penuh, jawab sekadar waalaikum, alaikum ataupun dengan perkataan yang tidak membawa sebarang maksud. ye la, salam kan hak eksklusif orang islam je.buat apa nak bagi kat orang yang tak seakidah dengan kita. lagi satu, sekiranya ada orang islam beri salam assalamualaikum warahmatullah, kita tak boleh jawab sekadar waalaikummusalam tau, pasal orang yang menjawab tak boleh berikan jawapan yang rendah tarafnya. kena sama taraf. kalau lebih tak pe, jangan kurang. paling selamat, macam mana dia beri, macam tu kita jawab. ok?

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" ataupun singkatan perkataan yang sama maksud dengannya dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

No comments:

Post a Comment